Sunday, 23 August 2015

Biodata

Assalamualaikum dan selamat sejahtera .


Pertama sekali saya ucapkan syukur kepada Allah SWT kerana masih lagi diberi peluang untuk hidup di dunia ini. Saya akan memberitahu pembaca sekalian serba sedikit mengenai biodata saya dan kehidupan saya menjadi seorang pelajar.


Nama: Mohamad Ariff Firdaus b. Sukri 

Umur : 16 tahun

Tarikh lahir : 2.12.1999

Tempat lahir : Hospital Kubang Kerian (HUSM),Kelantan.

Persekolahan :1. SK Tasek Utara,Johor Bahru  
                       2. SMK Tengku Ampuan Intan,Kuala Berang
                       3. MRSM Besut.

Guru

Saya mempunyai seorang guru yang amat saya segani iaitu


Rohani Said

Nama beliau ialah Rohani bt. Said
Dilahirkan pada 25.03.1972

Beliau merupakan seorang guru sejarah. Beliau mengajar saya semasa saya berada di SMK Tengku Ampuan Intan sebelum berpindah ke MRSM Besut dan beliau telah banyak membantu saya semasa melakukan tugasan .Selain itu, beliau seorang yang tegas dan baik hati.


Untuk pengetahuan pembaca, guru tersebut juga merupakan ibu kepada saya . Beliau turut mengajar mata pelajaran sejarah semasa saya berada di tingkatan 4. Walaupun umur semakin meningkat , beliau tetap menjaga kebajikan kami dengan baik dan banyak berkorban untuk saya dan keluarga.

Sunday, 26 July 2015

Lembu Putih Berkaki Lima Diarak Keliling India

Seekor lembu berkaki lima dipuja di India selepas dipercayai mampu memberikan nasib baik.

Lembu berusia empat tahun milik Laxman Bhosale, 35, itu sentiasa dihujani pengunjung yang ingin melihat sendiri lembu tersebut.

Oleh sebab terlalu ramai yang berkunjung ke rumahnya yang terletak di Solapur, Maharastra termasuk dari daerah yang jauh, Laxman mengambil keputusan untuk melakukan ‘tour’ bersama lembu berkaki limanya itu di ke seluruh India sejak Julai tahun lalu.

Setakat ini, Laxman sudah menjelajah enam negeri dan 15 bandar sekitar India bersama lembunya.


Menurut Laxman, dia percaya lembu dengan lebihan kaki miliknya merupakan kurniaan tuhan jadi dia bertugas untuk memanjangkan kurniaan itu kepada seberapa ramai orang yang mampu.

Menerusi cara itu katanya, dia membantu mereka yang mempunyai impian tertentu untuk mencapai impian tersebut dengan cara menyentuh kaki kelima yang tumbuh di leher lembunya.


Lembu sememangnya mendapat kedudukan yang tinggi dalam agama Hindu di mana layanan ke atas lembu disamakan dengan layanan terhadap ibu kandung sendiri.

Tidak hairanlah, lembu dilindungi oleh undang-undang India membuatkan penyembelihan lembu ditegah di kebanyakan tempat di negara tersebut.

Bayi Lahir Dengan 4 Tangan Dan Kaki Digelar 'GOD BOY"


Tak lama selepas dilahirkan, ribuan masyarakat berpusu-pusu menuju ke Baruipur, India bagi menyaksikan sendiri ‘keistimewaan’ bayi yang memiliki dua pasang tangan dan kaki itu.

God Boy

Digelar ‘God boy’ oleh ibu bapanya, bayi tersebut dikatakan menyerupai salah satu dewa dalam agama Hindu.

“Ketika saat dia dilahirkan, kami sangat terkejut,” ujar salah seorang saudara kepada keluarga itu.

“Salah seorang jururawat berkata, bayi tersebut berada dalam kondisi cacat yang teruk. Namun sejurus melihatnya, saya pasti ini merupakan keajaiban dari tuhan.”

Semenjak itu, kediaman pasangan tersebut terus sesak dikunjungi masyarakat yang tertarik untuk melihat bayi ‘unik’ itu secara lebih dekat.

Menurut salah seorang pengunjung, pada mulanya dia skeptikal akan berita yang tersebar. Kata Chukka Roa, 67, yang tinggal di kampung bersebelahan, perasaan itu terus berubah saat dia melihat gambar bayi itu.

“Bayi tersebut merupakan anak kepada dewa Hindu, Brahma yang turut memiliki empat tangan dan empat kaki.”

Menurut polis, mereka mengalami kesukaran mengawal penduduk kerana jumlah yang datang sangat ramai.

Makhluk Aneh Ditemui Di Ladang Kelapa Sawit

Akhbar The Borneo Post melaporkan, satu makhluk aneh telah ditemui di sebuah ladang kelapa sawit yang terletak di jalan Bitangor-Sibu, pada pagi Jumaat.

Makhluk Aneh

Penemuan tersebut dibuat oleh sekumpulan pekerja warga Indonesia yang tiba-tiba terserempak dengan makhluk tersebut ketika sedang bekerja.

Menurut salah seorang saksi, haiwan pelik itu muncul dan cuba menerkam mereka yang tengah melakukan tugas kira-kira jam 10 pagi.

Bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku, seorang pekerja kemudiannya bertindak berani dengan memukul haiwan berkuku runcing itu sehingga pengsan.

“Kami terkejut. Tak ada orang yang pernah nampak makhluk seperti ini. Ia mungkin spesies beruang yang jarang ditemui.

“Apabila sedar, kami halau ia kembali ke dalam hutan,” ujarnya yang mengakui kes tersebut tidak dimaklumkan kepada pihak berkuasa.

Ramai pengguna yang menonton video dirakam mereka bagaimanapun mendakwa haiwan tersebut merupakan beruang matahari yang berada dalam kondisi kritikal.

Bayi Telah Mati Tetapi Masih Tumbuh Rambut Dan Gigi

Cerita ini berlaku di Thailand, iaitu cerita tentang bayi yang sudah meninggal namun dari bayi ini masih saja tumbuh rambut, gigi juga kuku. Aneh bukan?


Ceritanya bermula apabila seorang ibu pada suatu malam bermimpi di datangi oleh bayinya yang telah meninggal beberapa hari sebelumnya. Dalam mimpinya, ibu muda ini mendapat mesej dari anaknya agar dia memindahkan tempat perkuburannya ke tempat lain.

Bayi tersebut mengatakan bahawa dia tidak selesa tinggal di tempat pengkebumiannya tersebut kerana di ganggu oleh penghuni-penghuni kubur yang lain.

Pada paginya si ibu pun bergegas bercerita pada suaminya tentang mimpi yang di alami semalam. Pada mulanya si suami keberatan untuk memenuhi permintaan isterinya untuk membongkar perkuburan anaknya. Namun kerana si isteri merengek terus akhirnya permintaan isteri pun di penuhi juga.

Setelah sampai perkuburan bayi mereka, maka kubur di bongkar, namun betapa terkejutnya kedua orang tua bayi tersebut kerana didapati bayi yang telah meninggal tersebut telah tumbuh rambut, kuku dan gigi.


Hingga sekarang si ibu bayi tersebut masih lagi sering mencukur rambut si mayat bayi dan memotong kukunya. Kejadian aneh tersebut sering jadi tontonan warga tempatan.

Pokok Pinang Berwajah Manusia



Agaknya fenomena alam aneh dan unik semakin banyak dijumpai didunia ini. Kadang kala sukar untuk kita mempercayai, ada yang boleh dipercayai dan ada juga tidak. Namun banyak juga yang menganggapnya sebagai hal mistik atau ghaib yang susah dihuraikan.


Baru baru ini ditemukan fenomena unik yang benar benar luar biasa iaitu ada sebatang pokok pinang yang salah satu bahagiannya muncul mirip sekali dengan wajah manusia, terutama seperti bahagian mulut dan hidung, dimana bentuk bibirnya benar-benar mirip bibir manusia.Yang unik lagi adalah bentuk wajah itu setiap harinya konon selalu berubah ubah.

Menceritakan lebih lanjut kejadian unik tersebut ada di kota Bau-Bau Sulawesi Tenggara sejak 21 September 2010 lalu. Sebuah pohon pinang muncul wajah yang mirip dengan wajah manusia tepatnya di pelepahnya. Pokok pinang tersebut tumbuh di halaman seorang penduduk yang bernama Rahman yang terletak di daerah Jembatan Tengah.


Menurut saksi dan penduduk setempat menyatakan jika wajah yang terdapat pada pelepah pokok pinang tersebut setiap hari boleh berubah bentuknya.Bahkan pada 23 September 2010 wajah manusia yang nampak pada pokok pinang tersebut sudah mulai nampak jelas bentuk matanya dan mulutnya.

Menurut Rahman tuan rumah pemilik pokok pinang tersebut, malam hari sebelum munculnya wajah tersebut dia mendengar suara seperti tangisan dari arah pokok pinang itu,dan keesokan harinya muncul wajah di pelepah pinang tersebut.

Menurut Pak Abdul Jalil seorang paranormal yang tinggal di kawasan Kanakea Bau-Bau menyatakan bahawa wajah yang muncul pada pokok pinang tersebut adalah kewujudan dari jin yang telah sengaja “dibuang” oleh seseorang pada pokok pinang itu. Sejak penampakan wajah pada pokok pinang itu.

Bagaimanapun fenomena alam ini, apakah bentuk kekuasaan dan kebesaran dari Tuhan Yang Maha Kuasa,atau sebagai hal lumrah yang boleh saja terjadi dimanapun, tentu iman yang ada dalam hati kita masing-masing yang mampu menjawabnya